Powered By Blogger

Ahad, 16 September 2012

Cara menulis jalan cerita komik

Assalamualaikum,dah lama rupanya blog ni tiada entri baru.Dalam entri kali ni,aku akan bercerita tentang cara-cara menulis jalan cerita komik.Macam belajar komsas je.KlPenulisan jalan cerita terbahagi kepada 5 bahagian,iaitu:

1.Pengenalan
2.Perkembangan
3.Klimaks
4.Pengakhiran
5.Kesimpulan

Pengenalan:

Dalam fasa ini,kita akan mengenalkan watak-watak kita kepada pembaca.Antara perkara yang perlu dikenalkan adalah,nama,umur,latar belakang,perwatakan,cita-cita,impian dan pelbagai lagi mengenai watak ciptaan kita.

Sampai disini sahaja entri kali ini.

Ahad, 29 April 2012

PBAKL 2012

Assalamualaikum,aku baru je balik dari pbakl,memang best.Aku,adik aku,mak aku dan kawan aku (aqid) telah pergi ke pbakl lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai di rumah pd 4 ptg.Sampai je kat sana,aku ngan aqid terus serbu booth pts,masa tu alhamdulillah tak sesak lagi.Aku telah membeli 6  komik dan 5  novel di booth tersebut.Aku juga jumpa dan bergambar dengan encik bahruddin bekri,ard one dan farihah iskandar.Lepastu aku serbu booth gempak.Pergh,memang sesak.Kat sana aku rembat 4 komik.lepastu,aku dan aqid meneruskan perjalanan ke booth ainmaisarah.Kat sana aku rembat 2 novel,dan aku juga dapat mengambil gambar seorang vlogger dan pelukis komik yg terkenal iaitu amanwan.Pastu aku singgah booth ujang beli 3 komik.Lepas tu aku roundx2 kejap,aku beli 4 komik masa aku round,aku beli 4 komik yg sangat murah.Pastu aku gi booth karikatur.Pastu aku pergi karangkraf beli gthree terbaru.Pastu aku tengok dekat booth pts ramai sangat orang.Aku dengar acara safee sali dah nak start.Jadi aku pun bergegas ke booth pts.Rupanya belum start lagi.Jadi aku mengambil peluang tu utk rembat 2 komik baru(misi 10a+,beli 2 sbb satu lagi aku belanja amar).Selesai bayar harga komik tersebut aku tengok acara yg sedang berlangsung iaitu bagusnya menjadi pelajar asrama.lepas acara tu selesai,sementara menunggu acara safee sali aku ternampak encik reja(shootz)jadi aku pun tangkap gambar dia.Selang 15 minit safee sali pun sampai.Pergh,berebut orang mintak signature dia,aku pun xnak lepaskan peluang,jadiu aku pun join acara berebut signature safee sali.Aku boleh dikira antara orang yg terawal dapat signature dia.Lepas tu aku nak keluar dari booth pts yg semakin sesak,semasa aku nak keluar,aku jumpa encik reja(lagi,rasanya antara semua kartunis encik reja yg aku jumpa paling banyak) aku xnak lepaskan peluang utk amik signature dia.Walaupun aku tak beli komik shootz kat booth pts,aku ada bawak dari rumah(tak sesia aku bawak komik shootz)Pastu aku terus blah dari booth pts.Pastu aku cari aqid yg menghilang,tak jumpa jadi aku duduk di tempat rehat.Tetiba aqid datang.Nak balik,mak aku kata pukul 2.Jadi aku rehatlah jap.Pastu aku cari mak aku nak balik awal.Masa tengah nak cari mak aku tetiba aku jumpa amanwan(lagi) aku tangkap gambar dia(lagi) dan berbual sekejap dgn dia.Pastu aku pergi kat aqid cakap aku tak jumpa mak aku.Pastu aku ngan aqid nak cari mak aku lagi.Tetiba mak dan adik aku datang.Pastu aku gi surau kat PWTC pas
tu apalagi baliklah.

ps:gambarnya aku ada kat kamera tapi aku xde alat utk masukkan gambar ke komputer
ps2:aku x pasti betul x susunan pengalaman aku kat pbakl macam mana tapi lebih kurang macamni

Rabu, 14 Mac 2012

Perkembangan komik

Assamualaikum pembaca blog yang budiman sekalian.Sejak kebelakangan ini perjalanan komik aku berjalan dengan sangat perlahan.Aku menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh komik-m tapi macam biasa aku tak terpilih lagi.Jadi di sini aku akan sertakan komik yang aku hantar untuk pertandingan tu enjoy.

Amacam,best tak?Memang masih banyak kelemahan yang ketara dalam komik aku ni jadi aku kena lebih rajin.

Sabtu, 18 Februari 2012

assalamualaikum

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
  9. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  10. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  11. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  12. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Khamis, 2 Februari 2012

Fanart

Fanart Komik Smash20#2
Aku log in fb aku.Aku tengok notification,aku ditag oleh encik irfan foner(pelukis smash 20)Fanart aku disiarkan.Yahoo.Kalau tak percaya nah bukti gambar.
 Aku punya tengah,bawah sekali. 















Fanart Meon5 tapi komik meon5 belum keluar lagi.

Jumaat, 27 Januari 2012

Fantastic Friday

entri kali ni agak panjang.Jadi sila sediakan minuman atau makanan utk diminum atau dimakan semasa membaca entri ni

Yup,jumaat kali ini memang fantastic friday.Dimulakan dengan tahfiz.Aku sangat terkejut ketika ustaz menyuruh part time balik selepas asar.Nasib baik aku ada alasan tusyen arab.Tapi ustaz tak percaya.Nasib baik kemudian mak adam datang,jadi aku pinjam henfon mak adam dan call ayah aku suruh datang tahfiz.Sampai je kat tahfiz aku nak bilik ustaz cakap nak balik ada tusyen tapi xde response.Aku suruh ayah aku sms ustaz pastu aku naik balik cakap nak balik tapi ustaz x respon.Jadi aku teruskan ngaji kat tahfiz sampai kul 9.Pastu aku naik balik cakap nak balik pastu ustaz cakap kalau nak balik,baliklah.Pastu sampai kat rumah ustaz tusyen dah sampai rumah.Jadi aku memulakan pembelajaran bahasa arab selama 2 jam.Habis belajar pukul 11 pg.Aku ceck balik proposal komik sebab lepas solat terus gi ofis komik-m.Selepas solat jumaat aku balik rumah tunggu adik aku balik(dia xdapat cuti.Padan muka)Dia kata dia pun nak ikut.Sampai je adik aku,aku terus gi rumah amar ngan zaid.Sebab diaorang pun nak hantar proposal.Sampai kat ofis komik-m bhgn editurial(aku ingat nak gi bookcafe nanti)Sampai kat bhgn komik-m.Kali ni aku consult dgn editor jimi(editor baru)Aku consult dulu.Dia kata idea aku best.Dia ketawa masa baca.Itu pun dah cukup buat aku senyum lebar.Dia kata lukisan boleh dipolishkan lagi.Banyak benda yg dipelajari.Pastu zaid pulak consult.Pastu baru ammar.Aku tanya editor alif smash 20#2 ngan aku,kau komik3 dah terbit ke blom.Pastu dia call bookcafe.Bookcafe tutup dan pada masa aku datang smash20#2 ngan aku,kau komik-3 belum terbit.Masa tu aku pun agak sedih sebab xdapat beli komik ali dan tuah ngan twinx4.Namun,editor alif memberikan aku free copy ali dan tuah dengan twinx4(Yay!!!,masa ni zaid tengah consult jadi dia x dapat free copy)Masa nak balik zaid amik komik ali dan tuah dan ingin membelinya,tapi editor alif kasi free sebab dia kata komik yang kat editurial untuk promosi.Jadi ibal(abang kembar)amik buku satria takluk jagat dan membayarnya kepada penulisnya sendiri encik zaki zainol.Balik kitaorang singgah kolam air panas selayang

Jumaat, 20 Januari 2012

poco-poco

petang tadi masa waktu pj berlaku satu peristiwa yg dibenci oleh kebanyakkan pelajar lelaki iaitu tarian poco-poco.sebenarnya petang tadi masa waktu akhir patutnya pj.kelas aku(2 mumtaz) dengan kelas hariz(2taat) gabung.lelaki masuk kelas aku perempuan masuk kelas sebelah.Disebabkan hujan kitaorang tak dapat pj tapi yang buat aku marah ialah kelas selain 2 mumtaz dan taat yg pj sama masa ngan kitaorang boleh pulak pj.cikgu suruh budak perempuan pergi ukur tinggi budak laki pergi ukur berat.Tetiba cikgu suruh kitaorang masuk dewan dan menari poco-poco.Pastu kitaorang(lelaki)larilah ingat dah selamat tak payah poco-poco.Bila difikirkan balik kitaorang taknak kena denda dgn cikgu nazry(cikgu disiplin jadi kitaorang patah balik dan berpoco-poco.Yang buat aku tambah marah adalah cikgu perempuan pulak yang menari atas pentas.Aku ada jugak dengar poco-poco tu dosa jadi sepanjang acara poco-poco aku buat-buat macam menari padahal cuma berjalan ke kiri dan kanan