Powered By Blogger

Ahad, 29 April 2012

PBAKL 2012

Assalamualaikum,aku baru je balik dari pbakl,memang best.Aku,adik aku,mak aku dan kawan aku (aqid) telah pergi ke pbakl lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai di rumah pd 4 ptg.Sampai je kat sana,aku ngan aqid terus serbu booth pts,masa tu alhamdulillah tak sesak lagi.Aku telah membeli 6  komik dan 5  novel di booth tersebut.Aku juga jumpa dan bergambar dengan encik bahruddin bekri,ard one dan farihah iskandar.Lepastu aku serbu booth gempak.Pergh,memang sesak.Kat sana aku rembat 4 komik.lepastu,aku dan aqid meneruskan perjalanan ke booth ainmaisarah.Kat sana aku rembat 2 novel,dan aku juga dapat mengambil gambar seorang vlogger dan pelukis komik yg terkenal iaitu amanwan.Pastu aku singgah booth ujang beli 3 komik.Lepas tu aku roundx2 kejap,aku beli 4 komik masa aku round,aku beli 4 komik yg sangat murah.Pastu aku gi booth karikatur.Pastu aku pergi karangkraf beli gthree terbaru.Pastu aku tengok dekat booth pts ramai sangat orang.Aku dengar acara safee sali dah nak start.Jadi aku pun bergegas ke booth pts.Rupanya belum start lagi.Jadi aku mengambil peluang tu utk rembat 2 komik baru(misi 10a+,beli 2 sbb satu lagi aku belanja amar).Selesai bayar harga komik tersebut aku tengok acara yg sedang berlangsung iaitu bagusnya menjadi pelajar asrama.lepas acara tu selesai,sementara menunggu acara safee sali aku ternampak encik reja(shootz)jadi aku pun tangkap gambar dia.Selang 15 minit safee sali pun sampai.Pergh,berebut orang mintak signature dia,aku pun xnak lepaskan peluang,jadiu aku pun join acara berebut signature safee sali.Aku boleh dikira antara orang yg terawal dapat signature dia.Lepas tu aku nak keluar dari booth pts yg semakin sesak,semasa aku nak keluar,aku jumpa encik reja(lagi,rasanya antara semua kartunis encik reja yg aku jumpa paling banyak) aku xnak lepaskan peluang utk amik signature dia.Walaupun aku tak beli komik shootz kat booth pts,aku ada bawak dari rumah(tak sesia aku bawak komik shootz)Pastu aku terus blah dari booth pts.Pastu aku cari aqid yg menghilang,tak jumpa jadi aku duduk di tempat rehat.Tetiba aqid datang.Nak balik,mak aku kata pukul 2.Jadi aku rehatlah jap.Pastu aku cari mak aku nak balik awal.Masa tengah nak cari mak aku tetiba aku jumpa amanwan(lagi) aku tangkap gambar dia(lagi) dan berbual sekejap dgn dia.Pastu aku pergi kat aqid cakap aku tak jumpa mak aku.Pastu aku ngan aqid nak cari mak aku lagi.Tetiba mak dan adik aku datang.Pastu aku gi surau kat PWTC pas
tu apalagi baliklah.

ps:gambarnya aku ada kat kamera tapi aku xde alat utk masukkan gambar ke komputer
ps2:aku x pasti betul x susunan pengalaman aku kat pbakl macam mana tapi lebih kurang macamni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan