Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

Fantastic Friday

entri kali ni agak panjang.Jadi sila sediakan minuman atau makanan utk diminum atau dimakan semasa membaca entri ni

Yup,jumaat kali ini memang fantastic friday.Dimulakan dengan tahfiz.Aku sangat terkejut ketika ustaz menyuruh part time balik selepas asar.Nasib baik aku ada alasan tusyen arab.Tapi ustaz tak percaya.Nasib baik kemudian mak adam datang,jadi aku pinjam henfon mak adam dan call ayah aku suruh datang tahfiz.Sampai je kat tahfiz aku nak bilik ustaz cakap nak balik ada tusyen tapi xde response.Aku suruh ayah aku sms ustaz pastu aku naik balik cakap nak balik tapi ustaz x respon.Jadi aku teruskan ngaji kat tahfiz sampai kul 9.Pastu aku naik balik cakap nak balik pastu ustaz cakap kalau nak balik,baliklah.Pastu sampai kat rumah ustaz tusyen dah sampai rumah.Jadi aku memulakan pembelajaran bahasa arab selama 2 jam.Habis belajar pukul 11 pg.Aku ceck balik proposal komik sebab lepas solat terus gi ofis komik-m.Selepas solat jumaat aku balik rumah tunggu adik aku balik(dia xdapat cuti.Padan muka)Dia kata dia pun nak ikut.Sampai je adik aku,aku terus gi rumah amar ngan zaid.Sebab diaorang pun nak hantar proposal.Sampai kat ofis komik-m bhgn editurial(aku ingat nak gi bookcafe nanti)Sampai kat bhgn komik-m.Kali ni aku consult dgn editor jimi(editor baru)Aku consult dulu.Dia kata idea aku best.Dia ketawa masa baca.Itu pun dah cukup buat aku senyum lebar.Dia kata lukisan boleh dipolishkan lagi.Banyak benda yg dipelajari.Pastu zaid pulak consult.Pastu baru ammar.Aku tanya editor alif smash 20#2 ngan aku,kau komik3 dah terbit ke blom.Pastu dia call bookcafe.Bookcafe tutup dan pada masa aku datang smash20#2 ngan aku,kau komik-3 belum terbit.Masa tu aku pun agak sedih sebab xdapat beli komik ali dan tuah ngan twinx4.Namun,editor alif memberikan aku free copy ali dan tuah dengan twinx4(Yay!!!,masa ni zaid tengah consult jadi dia x dapat free copy)Masa nak balik zaid amik komik ali dan tuah dan ingin membelinya,tapi editor alif kasi free sebab dia kata komik yang kat editurial untuk promosi.Jadi ibal(abang kembar)amik buku satria takluk jagat dan membayarnya kepada penulisnya sendiri encik zaki zainol.Balik kitaorang singgah kolam air panas selayang

Jumaat, 20 Januari 2012

poco-poco

petang tadi masa waktu pj berlaku satu peristiwa yg dibenci oleh kebanyakkan pelajar lelaki iaitu tarian poco-poco.sebenarnya petang tadi masa waktu akhir patutnya pj.kelas aku(2 mumtaz) dengan kelas hariz(2taat) gabung.lelaki masuk kelas aku perempuan masuk kelas sebelah.Disebabkan hujan kitaorang tak dapat pj tapi yang buat aku marah ialah kelas selain 2 mumtaz dan taat yg pj sama masa ngan kitaorang boleh pulak pj.cikgu suruh budak perempuan pergi ukur tinggi budak laki pergi ukur berat.Tetiba cikgu suruh kitaorang masuk dewan dan menari poco-poco.Pastu kitaorang(lelaki)larilah ingat dah selamat tak payah poco-poco.Bila difikirkan balik kitaorang taknak kena denda dgn cikgu nazry(cikgu disiplin jadi kitaorang patah balik dan berpoco-poco.Yang buat aku tambah marah adalah cikgu perempuan pulak yang menari atas pentas.Aku ada jugak dengar poco-poco tu dosa jadi sepanjang acara poco-poco aku buat-buat macam menari padahal cuma berjalan ke kiri dan kanan

Khamis, 19 Januari 2012

promosi komik

aku nak update tapi x tau nak tulis apa kat blog ni.Jadi hari ni entri kali ni aku cuma akan mempromosikan beberapa komik iaitu semangat waja guru sains cikgu boom.memang the best lah komik.komik ni terbitan gempakstarz ni.komik ni mengisahkan tentang seorang guru sains baru yang ditugaskan untuk mengajar murid menjadi pandai hingga memenangi olimpiad sains.komik ni sangat padat dengan ilmu sains dan english.Komik ni merupakan salah satu komik motivasi pelajaran yg sangat best.jadi apa lagi serbu lah popular.tesco,mynews dan kedaix2 buku yg lain untuk mendapatkan komik semangat waja guru sains cikgu boom.

Jumaat, 6 Januari 2012

minggu persekolahan pertama

ini adalah entri pertama tahun 2012 iaitu tentang minggu pertama persekolahan.Antara beberapa perkara menarik ialah aku menjadi penolong ketua kelas.Aku rasa itu ialah jawatan tertinggi yang aku pernah jadi setakat ini dan aku harap dapat jalankan tugas ini sebaik yang boleh walaupun tugas aku hanya mengambil buku kawalan.Perkara yang kedua pula ialah kelas aku didatangi oleh seorang budak baru(taklah baru sangat,aku dah kenal dia lama dah).Ok entri kali ni setakat ni jer kalau panjang umur jumpa lagi assalamualaikum.Jawab jangan tak jawab salam