Powered By Blogger

Isnin, 31 Oktober 2011

Reja Mus

Baiklah,kali ini saya akan ceritakan tentang salah seorang pelukis komik-m.Reja Mus menggunakan gaya manga sebagai gaya lukisan.Beliau menghasilkan komik shootz yang setakat ni sudah ada3 siri.Beliau juga melukis komik untuk siri young aishah.Siri Young Aishah sudah sampai 11 siri.Siri ini dihasilkan oleh usaha sama tuan Reja Mus dan Puan Saridah Hamid.Oh ya,pada entri yang lepas,saya telah ceritakan tentang perjumpaan saya dengan Tuan Reja Mus di Festival Buku Kanak-kanak.Gambar ynag pertama,beliau sedang menanda tangan komik aku,kau fb#2.Gambar yang kedua,saya dan rakan-rakan sedang bergambar dengan Tuan Reja.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pagi tadi

Seronok pagi tadi.Aku,Amir,Ahmad,adik aku dan abang aku pergi ke festival buku kanak-kanak.Kiatorang bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi(ingat nak pergi pukul 8 tapi bangun lambat,aku solat subuh pastu tidur)Rancang sampai pukul 10 pagi tapi kitaorang sesat jadi sampai pukul 10.45 pagi.kami segera menuju ke booth pts untuk mencari komik-m dan beberapa buah novel iaitu komik aku,kau dan facebook,novel kelab da vinci dan novel susyi dan burger(novel karipap-karipap cinta ngan alan alone xde huhuhuhu)Selepas itu kita orang gi booth gempak banyak jugak komik yang aku beli.Kemudian kitaorang bergegas ke auditorium untuk berjumpa dengan Tuan Nazry.Tanpa disangka-sangka,kitaorang ternampak Tuan reja pelukis komik shootz dan young aishah.(menjerit).So kitaorang pun mintaklah sign dia dekat komik aku,kau fb2#(kenapalah aku tak bawa komik shootz dan novel young aishah).Selesai sesi tandatangan,kita orang mencari Tuan Nazry.Kami ternampak Tuan Nazry sedang berborak dengan isteri beliau.Kemudian saya segera berlari-lari anak menuju ke arah Tuan Nazry(En.Nazry je ada,afiq sedang mempersiapkan diri untuk spm,semoga berjaya afiq)gambar dah ada kat atas(gambar dengan Tuan Reja lupa nak upload,malam esok jelah aku upload) kemudian saya dan amir pergi ke arah Tuan Reja semula untuk bertanyakan proses membuat komik.kemudian kami sambung shopping komik.(komik berbelas-belas beli,novel 2 je)selesai shopping kami terserempak dengan Tuan Reja lagi,barangkali dia dalam perjalanan untuk pulang.Sampai sini sahaja entri kali ini,jumpa lagi                      

Khamis, 27 Oktober 2011

Esok

Tak sabarnya nak tunggu esok sebab aku akan pergi Festival buku kanak-kanak.Kawan ngan adik dia pun ikut aku gi festival.Yang paling aku x sabar nak jumpa Nazry!!!!!!!!!(menjerit)NI antara buku yang aku nak beli esok Aku kau fb#2,kelab da vinci,Alan alone,Putera Fariri dan donat salsabila,karipap-karipap cinta,kembara khazanah mesir,kembara khazanah cina,fantasi pip,teknik melukis kartun dan komik,dan banyak lagi.So kira-kira aku kena bawak lebih kurang seratus lima puluh(pokai aku pasni)Malam ni kena tidur awal sebab esok bertolak pukul 8,kena cas hendset sebab nak bergambar dengan Nazry!!!!!!(menjerit sekali lagi)kena sediakan pen.Sampai sini je ,nak bersiap gi solat jumaat.

Rabu, 26 Oktober 2011

Festival buku kanak-kanak

Adik-adik,abang-abang,kakak-kakak,pakcik-pakcik,makcik-makcik sila hadirkan diri ke Festival buku kanak-kanak yang sedang berlangsung dari 27 Oktiber hingga 2 November di Perpustakaan Kuala Lumpur.Antara penerbit yang terlibat adalah Pts,pelangi,karangkraf,one nusantara dan banyak lagi.Antara aktiviti yang akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober adalah promosi dan jualan buku di dataran terbuka perpustakaan kuala Lumpur,bengkel penulisan di bilik melur 1 perpustakaan kuala Lumpur,bercerita:karangkraf di bilik melur 2 dan slot puteri pts dan kalau korang nak jumpa penulis novel remaja yang terkenal ain maisarah, korang boleh datang pada hari ahad.untuk maklumat lanjut korang boleh search link ni  http://www.facebook.com/pages/Festival-Buku-Kanak-kanak-2011/280142085347888.Jadi tunggu apa lagi mari serbu.

Baca novel

Entri ini dibuat adalah untuk menunjukkan saya bukan sahaja pembaca setia Komik-M terbitan Pts.Aku akan promot novel yang ada di laci buku aku.Iaitu siri novel yang bertemakan keluarga yang sukakan kucing iaitu novel "Ikan tawar untuk Lego",Sepupu Lego",dan Lego vs Milo.Aku tertarik untuk beli novel ni sebab novel ni ada untuk pertandingan bongkar kod rahsia yang telah diiklankan pada entri yang bertajuk ujian dan peraduan.Tema novel ini ialah hubungan kekeluargaan.Selain itu terdapat juga tips menjaga kucing.Keluarga dalam novel ini menjadi semakin rapat kerana membela kucing.

Ahad, 23 Oktober 2011

Jadual saya

Pada catatan yang lepas,saya bagitahu pasal komputer ngan internet kena sambar,sekarang internet dan komputer dua-dua dah elok.Baiklah tanpa membuang masa korang yang berharga,saya akan ceritakan tentang Ujian Al-Hafiz.Buat pengetahuan anda semua,saya bersama 3 orang rakan sekolah saya belajar di sebuah tahfiz yang berdekatan.Di tahfiz tersebut,ada 2 kategori iaitu full time dan part time.Full time bermaksud asrama disitu dan part time pula ada 2 kategori iaitu 7 pagi hingga 8 pagi dan 7 pagi hingga 11 pagi.Saya dan rakanx2 belajar membaca dan menghafaz quran di tahfiz tersebut selama 1 jam iaitu dari 7pagi hingga 8 pagi.Kami tidak memilih utk belajar di tahfiz tersebut pada pukul 7-11 pagi kerana pada waktu itu,setiap hari kecuali jumaat,sabtu dan ahad ada sahaja aktiviti sekolah,Walaupun kami belajar di sekolah pada sesi petang kami juga kena hadir pada sesi pagi kerana terdapat aktiviti sekolah kecuali hari jumaat sebab tu kami x pilih utk gi tahfiz pada pukul 7-11 pagi.Baiklah biar saya berikan jadual persekolahan saya
Hari/Masa
6.30 -9 PAGI
9Pagi -12 tengah hari
12 tengah hari -1.30 ptg
1.30 ptg-7 mlm
7-11 mlm
Isnin
Bangun,solat,pergi tahfizsiapkandiri danbukuuntukke kelasbahasaarab
Belajar bahasa arab dan kkq
(kelas kemahiran Quran)
Makan tghhari di sekolah
Belajar,solat ,makan,belajar
Solat,belajar,balik
Makan,solat,mandi,
Siapkan homework,belajar,solat,masa lapang,tidur
Selasa
Bangun,solat,pergi tahfiz,siapkandiri danbukuuntukke kelasbahasaarab
Belajar bahasa arab dan kkq
(kelas kemahiran Quran)
Makan tghhari di sekolah
Belajar,solat ,makan,belajar
Solat,belajar,balik
Makan,solat,mandi,
Siapkan homework,belajar,solat,masa lapang,tidur
Rabu
Bangun,solat,pergi tahfizsiapkandiri danbukuuntuk kekelasbahasaarab
Kokurikulum,ICT
Makan tghhari di sekolah
Belajar,solat ,makan,belajar
Solat,belajar,balik
Makan,solat,mandi,
Siapkan homework,belajar,solat,masa lapang,tidur
Khamis
Bangun,solat,pergi tahfiz, siapkan diri dan buku untuk ke kelas bahasa arab
Kokurikulum,masa lapang
Makan tghhari di sekolah
Belajar,solat ,makan,belajar
Solat,belajar,balik
Makan,solat,mandi,
Siapkan homework,belajar,solat,masa lapang,tidur
Jumaat
Bangun,solat,pergi tahfizsiapkandiri danbukuuntukke kelasbahasaarab
Masa lapang
Makan tghhari di sekolah
Belajar,solat ,makan,belajar
Solat,belajar,balik
Makan,solat,mandi,
Siapkan homework,belajar,solat,masa lapang,tidur
 sibukkan.Namun pada minggu ini cuti seminggu sempena deepavali, dan koko dah xde sejak lepas raya,Ict pun dah habis dan skrg ni tinggal peperiksaan akhir tahun.Sbnrnya dah periksa minggu lps sebab minggu ni cuti lah kena sambung minggu depan.Namun,pada pagi tadi,saya dan rakanx2 terpaksa bangun lebih awal sebab tahfiz ada ujian akhir tahun.Sbnrnya ujian kita orang dah habis pagi tadi tapi kita orang tetap kena datang awal sampai hujung minggu ni.Untuk pengetahuan korang kelas saya ada 27 0rang,5 lelaki dan 22 perempuan.4 drpd 5 lelaki termasuk saya belajar tahfiz yang sama.

Jumaat, 21 Oktober 2011

beberapa perkara

Dah lama gak tak update blog.Pada entri kali ini saya akan ceritakan beberapa  yang berlaku.Yang pertama,pada hari isnin,saya telah dipilih untu mewakili kelas untuk menyertai pertandingan teka silang kata.Pertandinagn itu diadakan di perpustakaan.Ianya hanya disertai oleh 32 buah kelas.Setiap kelas seorang wakil.Hanya 6 orang lelaki sahaja yg menyetai pertandingan itu dan selebihnya perempuan.Perkara yg kedua ialah pada malam semalam hujan xlah lebat sangat tapi petir sangat banyak.Saya sedang menggunakan komputer pada waktu itu,kemudian saya terdengar bunyi petir yang sangat kuat kemudian lampu rumah saya tetiba terpadam.Selang 10 minit lampu dan kipas dah ok begitu juga dengan alat letrik yg lain kecuali kom ni pun update blog kat cc. mENYESALNYA X DENGAR CAKAP ADIK JANGAN BUKAK KOM MASA HUJAN.Itu sahaja untuk entri kali ini sekian trimas

Isnin, 17 Oktober 2011

Misi 8A

Misi 8ABaiklah pada entri kali ini saya akan mengulas tentang komik Misi 8A.
Komik in diterbitkan di bawah Komik-M.Komik ini sangat bagus untuk pelajar kerana apabila pelajar membaca komik ini pelajar akan berasa bersemangat untuk belajar.Selain itu terdapat juga tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang dan ilmu pengetahuan yang baharu.Komik ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang sangat malas yang bernama Aizad.Dia tidak kisah tentang pelajarannya.Setiap hari dia cuma tahu berhibur sahaja.Pada suatu hari ibu Aizad membuang semua "games" dan komik kecuali sehingga Aizad mendapat sekurangnya-kurangnya 1A dan tiada gagal.Pada suatu hari,Aizad telah berjumpa dengan Zahid seorang pelajar cemerlang.Aizad meminta Zahid mengajarnya sehingga menjadi pelajar cemerlang.Mampukah Aizad menjadi pelajar cemerlang?Kalau ingin tahu belilah komik ini.Berbaloi-baloi!!!
Lukisannya yang santai juga membolehkan pelajar senang memahami jalan cerita komik ini.
Pada entri akan datang saya akan mengulas tentang sambungan komik Misi 8A iaitu misi 10A.

Ahad, 16 Oktober 2011

Tak sabar !!!!!

Tak sabarnya nak tunggu cuti dan habis periksa!!!! Untuk meluahkan rasa teruja mahu menyambut cuti seminggu ,habis periksa dan cuti utama,saya akan menyenaraikan perkara yg akan dilakukan,iaitu:
1. Melawat festival buku kanak-kanak yg bertarikh 27 oktober hingga 2 November yg diadakan di         Perpustakaan Kuala Lumpur
2. Pergi ke ofis Komik-M untuk menghantar proposal komik
3. Balik kampung

Komik-M

Komik-M merupakan syarikat penerbitan di bawah Pts.
                                   Komik-M berlainan dengan komik lain kerana ianya menggunakan bahasa         Melayu Tinggi dan mematuhi syariat Islam.Oleh itu,Komik-M sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat.Likelah fb Komik-M ni linknya    http://www.facebook.com/komikm                                                    

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ujian dan Peraduan

1. Alamak!!!! rabu minggu depan nak periksa akhir tahun tapi yang peliknya minggu depan peksa pastu minggu depan lagi satu cuti deepavali seminggu(yay cuti!!! ) pastu sambung peksa balik doakan aku berjaya.

2.PTS iaitu sebuah syarikat penerbitan ada buat pertandingan bongkar kod rahsia ni link peraduan tu
    http://suka.pts.com.my/ dah tiga minggu dah peraduan ni,peraduan ni ada 12 minggu,aku masuk minggu pertama,kedua dan ketiga dan satu pun aku x menang (sedihnya)

Blogku

Hai nama saya Irfan,akhirnya saya dah ada blog!!!!! Impian saya adalah untuk menerbitkan komik dengan Komik-M.Saya juga berharap dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap komik.Ok itu sahaja selamat tinggal!!!!