Powered By Blogger

Sabtu, 31 Disember 2011

hajat 2012

baiklah tinggal tak lebih sejam je untuk menyambut tahun baru.oleh itu aku akan beritahu perkara yang aku rancang nak buat sepanjang tahun 2012.Yang pertama aku nak jadi budak baik dan pandai.Yang ke2 aku harap dapat keputusan peperiksaan yang lebih baik.Yang ke3 aku nak buat majalah komik dengan lagi 3 orang kawan sebanyak 50 m/s(aku buat 15 - 20 m/s)Yang ke4 aku harap dapat terbitkan komik dengan komik-m.Yang ke5 aku nak jadikan saiz badan aku Medium.Harap semua hajat aku ini dapat ditunaikan.

Isnin, 19 Disember 2011

anugerah 2011

memandangkan tahun 2011 akan meninggalkan kita tidak lama lagi,aku akan buat entri fasal anugerah 2011 yang melibatkan anugerah filem,perlawanan bola,komik,game,novel dan pengalaman terbaik yang aku baca dan sebagainya pada tahun ini
Baiklah mari kita mulakan dengan anugerah filem terbaik.
No.1 jatuh kepada Ombak rindu.No.2 Kl gangster.No.3 Karipapx2 cinta
Anugerah perlawanan bola terbaik:
No.1 final sukan sea:Malaysia vs Indonisia No.2Barcelona vs Santos No.3 Barcelona vs Man U
Anugerah komik terbaik:
No.1 Misi 10A No.2Bumper ujang:300+ m/s.No.3Pandaman
Anugerah novel terbaik:
No.1 kelab da vinci No.2karipapx2 cinta No.3diari mat kilang
Anugerah game terbaik:
No.1 fifa 2011 No.2p3p No.3kingdom heart
Anugerah pengalaman terbaik:
No.1 mengetahui apa itu Pts. No.2 menghantar proposal komik.No.3 pergi ke cameron highlands

Selasa, 6 Disember 2011

lawatan kedua

sambungan tentang cameron akan ditulis pada entry akan datang sebab entry ini lebih istimewa.Tengah hari tadi merupakan kali yang kedua aku dan zaid pergi ke ofis komik-m untuk menghantar proposal.Kita orang pergi ke bookcafe sebab tak tau di mana ofis editurial.Masa masuk di bookcafe aku tanya akak kat kaunter nak jumpa encik alif nak hantar proposal jadi akak tu suruh tunggu kejap.
       
                   Sementara menunggu akak tu telefon encik alif,kita orang tengokx2 lah buku yang ada,aku nak beli shoot4,young aishah:kawan baru dengan lukisan hati.ibal kirim jutawan gedik dengan diari gadis bintang(kau hutang rm35)pastu izzul beli buku rm 21 sebab dia adik jadi dia cuma kena bayar rm 5.zaid aku belanja shootz4
Lepas siap bayar aku tanya akak tu,dia kata kalau nak hantar komik kena pergi opposite daripada bookcafe untuk pergi ofis editurial.Sampai sahaja di hadapan ofis editurial aku nampak encik Jas.Pelukis komik meon(ruginya tak bawak komik meon)beliau kata di atas ada lagi pelukis.Sampai sahaja di atas ada akak tanya nak jumpa siapa aku pun jawab nak jumpa encik alif.Dia pun bawalah aku dan zaid ke meja encik alif.Di situ kitaorang nampak encik reja pelukis komik shootz,encik bophairy pelukis komik ultra qalif dan majalah g3,encik wanzu editor komik dan encik zool seorang lagi editor komik dan seorang lagi yang aku tak cam.(ruginya tak bawa shootz4 yang aku baru beli tadi turun daripada kereta)kitaorang bergambar dengan encik reja.ingat nak mintak bergambar dengan encik bophairy tapi rasa segan.Selesai bergambar encik alif bawa kitaorang ke tingkat atas untuk sesi perbincangan.
                             Antara komen encik alif yang aku ingat"bagus lukisan dah ada improvement,dan tak sangka budak macam ni dah dapat idea yang mantap,tapi lukisan boleh diperbaiki lagi dan rasanya x perlu lukis belon dialog sebab editor boleh tolong jadi dialog boleh tulis kat kertas lain.Sekarang kitaorang tengah buat aku,kau komik3,jadi kalau ada ruang bakat baru kitaorang akan hubungi melalui facebook dan irfan boleh lukis untuk ruangan tersebut."Itulah antara yang beliau cakap yang aku masih ingat.Ini bermakna aku perlu redo dan impian aku sebagai pekomik semakin pasti.InsyaALLAH

Isnin, 5 Disember 2011

2 hari 1 malam di cameron

pada hari sabtu keluarga saya,keluarga wak siti,wak ina,atok,nenek,paman fazli,keluarga acik zura telah pergi ke cameron highlands(untuk pengetahuan pembaca blog,saya keturunan jawa.wak maksudnya abang atau kakak mak ayah yang lagi tua kalau lagi muda panggil acik dan paman(pakcik)Sejuk kuasa 100 di cameran.Pening nak daki bukit nak sampai cameron.Kitaorang singgah berenang di lata iskandar tapi keluarga wak ina tak pergi sebab terlajak.Dalam perjalanan kelihatan beberapa kelompok orang asli.Sesampai sahaja di cameran kitaorang terus check in di apartment sewa.Tengah hari di sana sama sejuk dengan awal pagi di puncak alam manakala pagi,petang dan malam 5 kali gana lagi sejuk daripada awal pagi puncak alam.Kat sana tiada kipas sebab sejuk.Selesai makan tengah hari kitaorang melawat taman bunga.(tak boleh petik tapi iqbal petik sebab nak bagi kat awek dia,pastu kantoi izzul nampak)lepas habis melawat taman bunga ingat nak pergi pick your on strawberry tapi sampai sana je dah tutup.Pastu ingat nak singgah pasar malam nak beli makan malam tapi jem jadi keluarga aku,atok,nenek,wak siti,mira,amirul,paman fazli dan micheal jackson aka joe pergi singgah makan kat kedai.Sampai sini sahaja entry kali ini,sambung tulis esok sebab malam ni nak lukis komik