Powered By Blogger

Jumaat, 20 Januari 2012

poco-poco

petang tadi masa waktu pj berlaku satu peristiwa yg dibenci oleh kebanyakkan pelajar lelaki iaitu tarian poco-poco.sebenarnya petang tadi masa waktu akhir patutnya pj.kelas aku(2 mumtaz) dengan kelas hariz(2taat) gabung.lelaki masuk kelas aku perempuan masuk kelas sebelah.Disebabkan hujan kitaorang tak dapat pj tapi yang buat aku marah ialah kelas selain 2 mumtaz dan taat yg pj sama masa ngan kitaorang boleh pulak pj.cikgu suruh budak perempuan pergi ukur tinggi budak laki pergi ukur berat.Tetiba cikgu suruh kitaorang masuk dewan dan menari poco-poco.Pastu kitaorang(lelaki)larilah ingat dah selamat tak payah poco-poco.Bila difikirkan balik kitaorang taknak kena denda dgn cikgu nazry(cikgu disiplin jadi kitaorang patah balik dan berpoco-poco.Yang buat aku tambah marah adalah cikgu perempuan pulak yang menari atas pentas.Aku ada jugak dengar poco-poco tu dosa jadi sepanjang acara poco-poco aku buat-buat macam menari padahal cuma berjalan ke kiri dan kanan

1 ulasan:

  1. hahah.. kelakarla adik ni. Poco-poco tu dah ada fatwa ke kata haram? Entahlah, akak pun baru belajar poco-poco.. tetapi lemak yang tepu ini degil, tak makan saman dengan poco-poco sahaja.

    BalasPadam