Powered By Blogger

Isnin, 21 November 2011

ink

dalam banyakx2 proses melukis komik aku paling tak suka buat inking.masa engah syok inking tibax2 pen tergelincir,jadi nampak cacatlah pastu terpaksa guna kertas baru,sekarang pun aku kehabisan stok kertas a4 kat rumah,kena tunggu mak aku balik baru boleh sambung lukis

Rabu, 16 November 2011

Proposal komik

Lebih kurang pukul 9.45 pagi saya telah menghantar proposal komik bersama ayah,adik dan 2 orang rakan iaitu zaid dan amir.Kita orang hanya merujuk alamat di belakang buku komik-m.Di ofis komik-m,ada kakak tu tanya nak jumpa siapa,jadi saya cakaplah nak submit proposal komik kepada encik wanzu,kemudian kakak tu masuk ke dalam ofis dan mencari encik wanzu.setelah beberapa minit kakak tu keluar balik dan cakap wanzu takde jadi saya cakap kalau macam tu nak hantar proposal dengan encik alif jadi kakak tu terpaksa masuk ofis balik dan cari encik alif,setelah beberapa minit,kakak tu keluar dan cakap encik alif suruh tunggu di bookcafe iaitu di tingkat atas.Di bookcafe ada juga jual bukux2 keluaran pts seperti komik-m.Ketika sedang menengok buku,bahu saya disentuh lalu saya pandang belakang dan didapati encik alif(dalam hati menjerit)jadi saya dan zaid duduk di meja yang disediakan untuk berbincang dengan encik alif tentang proposal komik.Saya pun hulurkan proposal fotostat kepada encik alif lalu dia pun membaca dan membelekx2 proposal komik.setelah beberapa minit dia pun komen proposal tersebut.ini adalah antara komen beliau

"dari sudut idea sudah ok,tetapi lukisan boleh dibaiki.kalau buat watak diluar sekolah dan memakai t-shirt cuba buat corak yang berbeza pada baju dan kalau berada di perpustakaan tambahkanlah apax2 seperti rak buku atau jam dinding, dan kalau buat dia tengah bacabuku atau guna komputer lukislah kerusi "itu antara komen beliau yang masih saya ingat.Apabila sampai dirumah saya mesej beliau melalui fb dan tanya "adakah watak komik saya diluluskan?jika tidak saya hendak membuat watak baru "dan dia balas "buat yang baru dan tunjukkan progres semoga berjaya.Sebelum terlupa dia juga ada cakap di bookcafe lebih kurang begini"nilah irfan yang di fb itu kan?"seingat saya seperti itulah yang beliau cakap.Jadi mungkin ini maksunya komik aku tak direjek dan cuma perlu betulkan beberapa bahagian dan redeisgn watak.maksudnya idea aku diterima!!!!yahoo komik tidak direjek

Selasa, 8 November 2011

buruk dan baik

assalamualaikum,pada entri kali ini,saya akan ceritakan beberapa berita gembira n x berapa gembira yang berlaku akhirx2 ini.yang pertama saya telah menjadi johan pada pertandingan teka silang,berita yang x berapa gembira pula ialah saya tidak dapat mengambil hadiah ,=kerana balik awal pada hari tersebut jadi cikgu hold dulu hadiah (ingat ptg ni nak claim hadiah)yang kedua pulak saya telah mendapat no 2 dalam kelas dan no 12 dalam tingkatan yahooo!!!!! namun saya cuma mendapat 2a 5b 1d(tahun depan kena usaha lebih)ok entri kali inisampai di sini sahaja

Ahad, 6 November 2011

azamku sempena cuti sekolah

Baiklah pada entri kali ini saya akan memberitahu anda semua tentang azam saya sempena cuti sekolah.Yang pertama ialah dapat mengkhatamkan quran dan terus naik pangkat boleh hafal quran(walaupun cuti sekolah tapi tahfiz sambilan dan penuh x cuti)Yang kedua ialah proposal komik diluluskan (amin) aku dan beberapa orang kawan akan melawat ke ofis komik-m utk menghantar proposal pada hari sabtu yang berhampiran.Yang ketiga ialah dapat mengurangkan 10 kg (mak dan nenek dah marah pasal ni)yang terakhir ialah dapat menang lawan game fifa dengan sepupu aku(dia x bagi can pun,aku pernah sekali je gol lawan dia tu pun masa dia ngantuk)Harap semua azam yg disenaraikan dimakbulkan,amin.Jumpa lagi pada entri akan datang

Khamis, 3 November 2011

Penderitaan sudah berakhir

Akhirnya,peperiksaan akhir tahun sudah berakhir Yahoo!!!!!!!!.Cuti akhir tahun pula minggu depan Yahoo!!!!
Baiklah sekarang sudah boleh fokus kepada pembuatan komik Yahoo!!!.Asyik yahoo je google lah pulak.Esok hingga minggu rabu minggu depan saya akan bawak komik dan novel ke sekolah.Siapa nak pinjam kena bayar 1 hari 20 sen kalau hilang kena bayar harga asal.Sampai sini sahaja masa untuk melukis proposal komik google!!!