Powered By Blogger

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pagi tadi

Seronok pagi tadi.Aku,Amir,Ahmad,adik aku dan abang aku pergi ke festival buku kanak-kanak.Kiatorang bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi(ingat nak pergi pukul 8 tapi bangun lambat,aku solat subuh pastu tidur)Rancang sampai pukul 10 pagi tapi kitaorang sesat jadi sampai pukul 10.45 pagi.kami segera menuju ke booth pts untuk mencari komik-m dan beberapa buah novel iaitu komik aku,kau dan facebook,novel kelab da vinci dan novel susyi dan burger(novel karipap-karipap cinta ngan alan alone xde huhuhuhu)Selepas itu kita orang gi booth gempak banyak jugak komik yang aku beli.Kemudian kitaorang bergegas ke auditorium untuk berjumpa dengan Tuan Nazry.Tanpa disangka-sangka,kitaorang ternampak Tuan reja pelukis komik shootz dan young aishah.(menjerit).So kitaorang pun mintaklah sign dia dekat komik aku,kau fb2#(kenapalah aku tak bawa komik shootz dan novel young aishah).Selesai sesi tandatangan,kita orang mencari Tuan Nazry.Kami ternampak Tuan Nazry sedang berborak dengan isteri beliau.Kemudian saya segera berlari-lari anak menuju ke arah Tuan Nazry(En.Nazry je ada,afiq sedang mempersiapkan diri untuk spm,semoga berjaya afiq)gambar dah ada kat atas(gambar dengan Tuan Reja lupa nak upload,malam esok jelah aku upload) kemudian saya dan amir pergi ke arah Tuan Reja semula untuk bertanyakan proses membuat komik.kemudian kami sambung shopping komik.(komik berbelas-belas beli,novel 2 je)selesai shopping kami terserempak dengan Tuan Reja lagi,barangkali dia dalam perjalanan untuk pulang.Sampai sini sahaja entri kali ini,jumpa lagi                      

1 ulasan: